Wednesday 18 May 2011

JEJAK KASIH - EH CHU BIN ENSANG @ A-TUNG 12 TAHUN GAGAL DIKESAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Kg. Lamipijas, Membakut, SABAH, sepanjang 12 tahun lepas  Puan Echin Tadui Ibu kepada Eh Chu Bin Ensang atau Nama Islamnya Muhammad Syahir Eh Chu Bin Abdullah mengharapkan anaknya dapat bersama-sama menyambut Mother's Day seperti juga Ibu-ibu yang lain. Namun itu cuma harapan seorang ibu yang belum tinggal tatapan kerana beliau tidak dapat dihubungi semenjak 12 tahun lepas. Eh Chu atau nama kampungnya A-Tung pernah bekerja di Singapura namun tetap kembali ke Sabah untuk beberapa tahun. Akhirnya, sekitar tahun 1998-1999 iaitu 12 tahun lepas, sekali lagi  A-Tung bercadang untuk berhijrah seperti anak muda yang lain untuk mencari pekerjaan di Semenanjung. Semenjak daripada tarikh itu keluarganya terputus hubungan dengan saudara A-Tung.

Persatuan Warga Sabah Semenanjung Malaysia (PERWASA) dimaklumkan oleh kakak saudara A-Tung, Puan Julia pelbagai usaha dibuat khususnya oleh keluarganya untuk mengesan A-Tung di Semenanjung melalui rakan-rakan dan kenalannya. Hasil bantuan dan maklumat rakan Polis DiRaja Malaysia, beliau dikesan masih hidup dan sering berpindah rendah dan beralamat tidak tetap di Melaka. 
Usaha Persatuan Warga Sabah Semenanjung Malaysia (PERWASA) untuk menghubungi kakak Eh Chu Bin Ensang, Puan Julia adalah untuk mendapatkan maklumat terkini untuk dihebahkan kepada orang ramai khususnya kepada rakan-rakan warga Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia, Ahli-ahli Parlimen,  Rumah Sabah (Cheras) KL,  KDCA Klang Valley, Perasa, Momogun dan persatuan-persatuan warga Sarawak yang terdapat di Semenanjung dan tidak lupa juga daripada rakan-rakan sewarganegara di Semenanjung yang pastinya  sudi membantu.
Oleh itu, kami memohon sesiapa yang MENGENALI atau MEMPUNYAI MAKLUMAT mengenai Eh Chu Bin Ensang atau  Muhammad Syahir Eh  Chu Bin Abdullah atau A-Tung, sila hubungi kami melalui:
Email atau Facebook : perwasa@gmail.com  untuk kami majukan kes ini kepada pihak yang berkenaan.


NAMA                      :   Eh Chu Bin Ensang
NAMA ISLAM         :   Muhammad Syahir Eh  Chu Bin Abdullah
NAMA KAMPUNG :   A-Tung

KAMPUNG ASAL   :  Kg. Lampijas, Membakut, SABAH
TARIKH LAHIR       :  17.1.1972
NRIC NO                 :   720117-12-5305

SEKIAN. TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment