Sunday 15 May 2011

KES SIMBAH ASID DI LEMBAH KLANG-WARGA SABAH DIMINTA BERHATI-HATI

Lakaran Gambar Suspek
KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.

Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu.

“Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa. “Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur,” katanya. Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.

No comments:

Post a Comment